Kredit eMadani RM100 telah boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2023. Terdapat 4 pilihan perkhidmatan e-Dompet yang boleh dipilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan TNG eWallet.
Namun begitu, terdapat persoalan mengapa kredit yang ditebus hanya boleh digunakan atau dibelanjakan secara fizikal dan bukan secara atas talian.
eMadani RM100 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat. Inisiatif ini hanya untuk kegunaan secara fizikal sahaja. Seiring dengan pengenalannya, ia bertujuan untuk mengalakkan eknonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Berikutan itu, kredit eMADANI RM100 hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui pembayaran e-Dompet yang dipilih oleh pengguna melalui fungsi Scan & Pay.
Kerajaan menyatakan, eMadani RM100 diterima lebih dari 1.8 juta premis perniagaan. Secara asasnya, penggunaan eMadani RM100 adalah sangat mudah, boleh digunakan di mana-mana premis perniagaan yang menyokong pembayaran melalui kod QR e-Dompet terpilih atau DuitNow QR. Pada ketika ini, terdapat banyak premis perniagaan yang menyokong pembayaran secara cashless.