Close

Kredit eMadani RM100 – Nak tebus aplikasi e-Wallet yang mana?

Seperti sedia maklum, kredit eMadani RM100 kini boleh ditebus bermula hari ini iaitu 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Terdapat 4 aplikasi perkhidmatan e-Dompet yang boleh dipilih untuk penebusan iaitu ShopeePay, Setel, MAE dan TNG eWallet.

Setiap perkhidmatan e-Dompet menawarkan pelbagai baucar dan ganjaran tambahan sekiranya menebus melalui aplikasi mereka. Berikutan itu, kami ingin berkongsi penawaran dan ganjaran yang diberikan oleh setiap perkhidmatan e-Dompet.

ShopeePay

Sekiranya menebus melalui ShopeePay, anda layak menerima baucar tambahan sebanyak RM600.

Baucar RM600 tersebut dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu baucar Shopee RM365 yang merangkumi penghantaran percuma, pulangan syiling, ShopeeLive, ShopeeMall dan preferred Seller. Selain itu terdapat juga baucar SpayLater RM50, baucar ShopeeFood RM115 dan baucar insuran kereta RM30.

Lebih menarik, pengguna juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama Samsung Galaxz Z Flip5 yang bernilai RM4499.

TNG eWallet

Jika menebus melalui TNG eWallet, anda layak menerima baucar tambahan sebanyak RM500 yang merangkumi diskaun dan juga cashback.

Selain itu, pengguna juga akan turut menerima mata ganjaran GoReward sebanyak 1000. GoReward adalah program kesetiaan yang baharu sahaja dilancarkan oleh TNG eWallet.

Setel

Manakala, jika menebus melalui Setel. Anda layak untuk menerima pulangan tunai sehingga RM80 dan e-baucar daripada pelbagai jenama terkenal.

Untuk pulangan tunai, ia akan dimasukkan ke dalam e-Dompet Setel tanpa sebarang batas pembayaran dan tarikh luput. Untuk e-baucar, ia tertakluk kepada perbelanjaan minimum RM5 dengan bilangan terhad yang diakses melalui ‘Ganjaran’ dalam aplikasi.

MAE

Sekiranya menebus melalui MAE, anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang berjumlah RM500,000.

Antara hadiah cabutan bertuah yang disenarikan adalah seperti Proton S70 baharu, Proton Exora, Proton Saga, Honda RSX V2, Komputer riba MSI, PS5, Galaxy Z Fold5, hadiah wang tunai dan banyak lagi.

Jadi, anda mahu tebus perkhidmatan e-Dompet yang mana?

ARTIKEL BERKAITAN