Maybank melalui laman web rasmi mereka menyatakan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses pada 12 Julai 2025.
Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem secara berkala untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih baik pada masa akan datang. Berikutan dari itu, beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses buat sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti DuitNow Transfer, DuiNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Debit Mandate melalui Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi), tidak boleh diakses bermula 12 Julai, Sabtu dari jam 3.00 am hingga 8.00am. Manakala untuk perkhidmatan ATM, ia tidak boleh diakses dari 12 Julai, Sabtu dari jam 12.00 am hingga 8.00 am.
Berikutan dari itu, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.