Close

Xiaomi mungkin bangunkan Android tanpa Google

Syarikat telefon pintar dari China berkemungkinan akan membangunkan Android tanpa Google, seperti mana yang dilakukan oleh HUAWEI.

Menurut laporan, ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat ketika ini menjadi sebab syarikat telefon pintar China merancang untuk membangunkan Android tanpa Google. Xiaomi dikatakan akan bekerjasama dengan BBK Group (oppo, vivo, OnePlus) dan Huawei dalam usaha untuk membangukan Android tanpa Google.

Sistem operasi Xiaomi iatu HyperOS 3 dikatakan akan menjadi asas kepada peralihan Android tanpa Google. Namun begitu, tiada perincian mengenai tahap kerjasama antara pengeluar.

Sekiranya laporan ini tepat, kita mungkin boleh menjangkakan perubahan besar akan berlaku untuk pasaran global berikutan Xiaomi, oppo dan vivo merupakan 5 pengeluar teratas untuk pasaran dunia.

Sebelum ini, HUAWEI telah membangunkan HarmonyOS selepas kehilangan akses kepada Google Mobile Services (GMS). HarmonyOS mungkin boleh dijadikan sebagai contoh sekiranya syarikat telefon pintar China memperkenalkan Android tanpa Google.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN