Close

Apple mungkin ubah strategi pelancaran iPhone

Apple dilapor akan mengubah strategi pelancaran untuk iPhone baru bermula 2026, pelancaran tersebut akan dibahagikan kepada dua fasa berbeza.

Menurut laporan, Apple akan mengubah strategi pelancaran untuk iPhone baru menjelang 2026. Perubahan tersebut menyaksikan model biasa akan diperkenalkan pada awal tahun sekitar Mac atau Mei manakala model Pro akan diperkenalkan sekitar September.

Perubahan ini membolehkan Apple menguruskan pengeluaran dengan lebih baik dalam masa dapat menguruskan tenaga kerja dengan lebih cekap. Selain itu, Apple dapat memfokuskan pemasaran yang lebih baik untuk setiap model.

Berikutan dari itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Air dan iPhone 18 Pro Max akan tiba sekitar September 2026. Manakala, iPhone 18 dan iPhone 18e akan tiba sekitar Mac hingga Mei 2027.

Laporan tersebut turut menyatakan, perubahan ini mungkin disebabkan Apple merancang untuk memperkenalkan iPhone boleh lipat pada tahun 2026. Untuk masa akan datang, Apple dijangka akan mempunyai 6 pilihan model.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN