Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip andalan mereka lebih awal berbanding kebiasaan. Qualcomm sebelum ini lebih cenderung untuk memperkenalkan cip andalan mereka sekitar Oktober pada setiap tahun.

Terbaru, menurut laporan cip Snapdragon 8 Elite 2 mungkin akan diperkenalkan lebih awal iaitu sekitar September tahun ini. Berikutan itu, cip tersebut dijangka akan mula digunakan pada peranti sekitar Oktober.
Cip Snapdragon 8 Elite 2 dikatakan hadir dengan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya. Jika merujuk kepada skor penanda aras, prestasi CPU meningkat sekitar 25% dan GPU 30%.
Laporan tersebut turut menyatakan pelancaran awal ini cukup penting untuk membolehkan peranti Android bersaing dengan iPhone 17 yang turut diperkenalkan sekitar September. Selain itu, ia dijangka akan dapat meningkatkan lagi jualan peranti.