Close

CIMB perkenal ‘cooling-off period’ 12 jam untuk tetapan semula ID dan kata laluan

CIMB bakal memperkenalkan tempoh 12 jam ‘cooling-off period’ apabila berjaya melakukan tetapan semula ID dan kata laluanmelalui laman web CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO.

Perubahan ini akan dilaksanakan bermula 30 Jun 2025. Semasa tempoh tersebut diaktifkan pengguna tidak boleh melakukan log masuk atau membuat transaksi menggunakan laman web CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO.

Langkah dilakukan untuk meningkatkan keselamatan dan menghalang sebarang akses tanpa kebenaran ke akaun CIMB pengguna. Selain itu, pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi CIMB OCTO sebaik sahaja tempoh 12 jam tersebut tamat seterusnya boleh mengakses laman web CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN