Apple mungkin akan menggunakan teknologi Face ID bawah skrin pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.
Menurut laporan, Apple dikatakan sedang menguji teknologi Face ID bawah skrin yang akan digunakan pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Dengan menggunakan teknologi ini ia membolehkan kedua-dua model hanya mempunyai satu lubang kecil untuk memuatkan kamera swafoto.

Teknologi ini juga menjadikan rekaan skrin iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max lebih kemas dan juga minimal. Lebih menarik, iPhone boleh lipat yang pertama dari Apple juga sedang dilaporkan sedang diuji dengan teknologi Face ID di bawah skrin.
Laporan tersebut turut menyatakan, teknologi Face ID bawah skrin ini hanya akan tersedia pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max sahaja. Untuk model iPhone 18 dan iPhone 18 Air kekal menggunakan rekaan skrin yang sama dengan Face ID.
Jika laporan ini tepat, ia sesuatu yang menarik untuk melihat Apple menggunakan teknologi ini pada peranti mereka seperti mana pada peranti Android.