Close

Skype ditamatkan sepenuhnya hari ini

Perkhidmatan panggilan video yang pernah popular suata masa dulu iaitu Skype menamatkan perkhidmatan mereka sepenuhnya pada 5 Mei 2025.

Laporan mengenai penamatan Skype telah diumumkan oleh Microsoft pada Mac lalu. Berikutan dari penamatan itu, pengguna Skype diberikan tempoh masa sekitar 10 minggu untuk memindahkan data mereka ke Microsoft Teams.

Skype ditamatkan selepas gagal bersaing dengan perkhidmatan panggilan video seperti Google Meet, FaceTime, Zoom dan lain-lain. Selain itu, kurangnya inovasi dan pengalaman penggunaan yang tidak memuaskan menjadikan perkhidmatan ini tidak lagi relevan.

Skype pernah mempunyai lebih dari 200 juta pengguna bulanan namun angka tersebut berubah selepas tahun 2020. Sebelum penamatannya, Skype dikatakan mempunyai 40 juta pengguna bulanan. Dengan penamatan ini, Microsoft akan lebih memfokuskan kepada Microsoft Team yang kini menjadi pilihan kebanyakkan pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN