Xiaomi turut mengumumkan tablet baru mereka bagi menggantikan model sedia ada. Tampil dengan 2 pilihan model iaitu Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro.

Untuk Xiaomi Pad 7 Pro, ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 11.2-inci dengan resolusi 3.2K dan paparan 144Hz. Skrin peranti ini turut menyokong Dolby Vision dan Xiaomi Focus Pen. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Peranti ini menggunakan binaan dari Aluminium dengan berat sekitar 500 gram dan tebal sekitar 6.81mm sahaja. Untuk fotografi, peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 8850 mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti 4 pembesar suara dengan Dolby Atmos, WiFi 7, IR Blaster, Xiaomi HyperAI, pengimbas cap jari pada butang kuasa, HyperConnect dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.

Untuk Xiaomi Pad 7 pula, ia turut hadir dengan teknologi skrin yang sama iaitu IPS LCD bersaiz 11.2-inci dengan resolusi 3.2K dan paparan 144Hz. Skrin peranti ini turut menyokong Dolby Vision dan Xiaomi Focus Pen. Dikuakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 13MP Ultra Lebar dan swafoto 8MP. Turut dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama seperti iaitu 8850mAh namun dengan pengecasan yang lebih rendah 45W.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti 4 pembesar suara dengan Dolby Atmos, WiFi 6E, IR Blaster, Xiaomi HyperAI, pengimbas cap jari pada butang kuasa, HyperConnect dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Pad 7 dijual pada harga bermula RM1299 (8GB +128GB) dan RM1599 (8GB + 256G). Manakala untuk Xiaomi Pad 7 Pro pula dijual pada harga bermula RM2499 (8GB + 256GB) dan RM2699 (12GB + 512GB).