Skype bakal menamatkan perkhidmatan mereka sepenuhnya pada 5 Mei 2025. Buat yang tidak mengetahui, Skype merupakan perkhidmatan panggilan video yang telah diperkenalkan pada 2003.

Laporan mengenai penamatan Skype telah diumumkan oleh Microsoft. Berikutan dari penamatan itu, pengguna Skype diberikan tempoh masa sekitar 10 minggu untuk memindahkan data mereka ke Microsoft Teams.

Antara punca Skype ditamatkan adalah gagal bersaing dengan perkhidmatan panggilan video lain seperti Google Meet, FaceTime, Zoom dan lain-lain. Selain itu, kurangnya inovasi dan pengalaman penggunaan yang tidak memuaskan menjadikan perkhidmatan ini tidak lagi relevan.
Dengan penamatan ini, Microsoft akan lebih memfokuskan kepada Microsoft Team yang kini menjadi pilihan kebanyakkan pengguna. Teams tidak hanya menawarkan panggilan video sahaja tetapi turut menawarkan beberapa fungsi menarik seperti chat, perkongsian fail dan turut diintergrasikan dengan Microsoft 365.