Close

Xiaomi 15 Ultra – Flagship lengkap dengan kamera Leica generasi baru

Penggunaan nama ‘Ultra’ menggambarkan ia adalah versi terbaik yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh sesuatu pengeluar, itulah yang dilakukan oleh Xiaomi melalui 15 Ultra. Seperti namanya, peranti ini mempunyai penawaran terbaik dalam semua aspek merangkumi spesifikasi, teknologi, AI dan kemampuan kamera.

Rekaan ikonik

Xiaomi 15 Ultra masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Mungkin boleh dikatakan ia adalah rekaan ikonik dan sinonim untuk model Ultra dari Xiaomi. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan untuk menjadikan peranti ini lebih menarik.

Xiaomi 15 Ultra hadir dengan binaan premium dengan menggunakan bingkai aluminum high-strength untuk memberikan ketahanan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menggunakan rekaan sisi jenis rata dengan kemasan jenis kesat untuk memberikan cengkaman dan keselasaan yang lebih baik. Selain itu, panel belakang dan modul kamera turut menerima perubahan kini lebih minimalis dan susunan kamera berbeza dari model sebelumnya.

Ketahanan skrin peranti ini turut dipertingkat dengan menggunakan teknologi Xiaomi Shield Glass 2.0 sekaligus menjanjikan perlindungan dan ketahanan yang lebih baik. Skrin peranti ini juga menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision, HDR10+, 1920Hz PWM Dimming dan kecerahan puncak sehingga 3200 nits. Dengan kecerahan puncak yang tinggi ia memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik di bawah matahari.

Prestasi dan sistem operasi

Xiaomi 15 Ultra turut mempunyai gabungan prestasi dan sistem operasi yang sangat baik. Untuk prestasi, peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Mobile Platform yang dipadankan dengan 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU 42%, GPU 44% dan 52% lebih jimat kuasa berbanding cip sebelumnya.

Prestasi peranti ini sememangnya sangat baik untuk digunakan bagi pelbagai jenis tugasan, tiada masalah prestasi yang dihadapi sepanjang penggunaan. Untuk menjamin prestasi yang optimum, Xiaomi turut menambah baik sistem penyejukkan dengan menggunakan Wing-shaped 3D Dual-Channel IceLoop yang menjanjikan suhu peranti sentiasa di paras terbaik.

Dari segi sistem operasi, peranti ini menjalankan Xiaomi HyperOS 2 yang dibina berasaskan Android 15. HyperOS 2 hadir dengan pelbagai peningkatan seperti antara muka yang lebih segar dan lebih estetik dan prestasi yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh Xiaomi HyperAI yang diintergrasikan dengan Gemini AI.

Xiaomi HyperAI terbahagi kepada 3 kategori iaitu AI Agent (Google Gemini), Productivity AI dan juga Creativity AI. Untuk AI Agent, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan atau tugasan yang mudah hingga tugasan yang lebih kompleks.

Untuk Productivity AI, ia dapat memudahkan dan meningkatkan lagi produktivi pengguna. Antara fungsi AI yang ditawarkan adalah seperti AI writing, AI recorder, AI interpreter, AI speech recognition, AI Subtitles dan AI Semantic Search.

Manakala Creativity AI pula, membantu untuk meningkatkan lagi kreativiti dalam pelbagai perkara lebih-lebih lagi pada imej dan video. Antara fungsi yang ditawarkan melaluinya adalah seperti AI ease pro, AI image expansion, AI Image Enhancement, AI Remove Reflection, AI Film dan lain-lain.

Kamera Leica generasi baru

Seperti model sebelumnya, Xiaomi masih lagi memfokuskan kepada keupayaan fotografi tahap tertinggi pada Xiaomi 15 Ultra. Perkara tersebut boleh dilihat melalui penawaran dan tetapan kamera yang ditawarkan pada peranti ini.

Xiaomi 15 Ultra hadir dengan kamera Leica generasi baru yang menjanjikan kebolehan dan peningkatan yang lebih ketara. Masih lagi kekal dengan tetapan kuad-kamera Leica Summilux Optical Lens namun dengan beberapa peningkatan yang lebih baik dan menarik.

Untuk spesifikasi kamera, ia hadir dengan sensor sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS 23mm + 50MP Leica Ultra Lebar 12mm + 50MP Leica Floating Telefoto 75mm + 200MP Leica Periskop 120mm dan Swafoto 32MP. Perubahan terbesar kali ini adalah pada sensor kamera Periscope Telephoto yang menggunakan sensor 200MP berbanding 50MP pada generasi sebelumnya. Peningkatan ini menjanjikan hasil imej yang lebih tajam dan lebih terperinci.

Kemampuan fotografi pada peranti ini sememangnya sangat baik. Kamera utama peranti ini dilengkapi dengan sensor 50MP 1-inci dengan aperture f/1.63 yang lebih berkuasa berbanding peranti dalam kelasnya. Dengan sensor lebih besar ia membolehkan lebih banyak cahaya yang boleh ditangkap sekaligus dapat memberikan kualiti imej yang lebih baik.

Untuk menjadikan kamera peranti lebih versatile sokongan Leica Signature Color yang membolehkan pengguna memilih filter Leica Authentic atau Leica Vibrant untuk hasil imej yang lebih menarik. Untuk filter authentic, ia menjadikan hasil imej lebih moody manakala filter vibrant pula memberikan hasil imej yang lebih saturated.

Peningkatan paling ketara semestinya pada kamera Periskop Telefoto yang kini menggunakan sensor 200MP. Melaluinya, ia menawarkan kebolehan zum 4.3x untuk zum optik dan 120x untuk zum digital. Pada zum optik 4.3x pengguna boleh memilih dua focal length yang berbeza iaitu 100mm dan juga 200mm.

Keupayaan dan kemampuan sensor Periskop Telefoto ini sememangnya mengagumkan. Hasil imej yang diberikan cukup jelas dan perincian dapat dikekalkan dengan sangat baik pada kebanyakkan keadaan. Xiaomi turut menawarkan fungsi AI enhance untuk meningkatkan lagi perincian dan kualiti pada imej yang diambil.

Bukan itu sahaja, kemampuan kamera lain turut menawarkan hasil imej yang sangat baik. Untuk kamera Ultra Lebar, ia menawarkan Field Of View (FOV) 0.6x bukan lagi 0.5x namun masih dapat memberikan hasil imej yang baik kurang distortion dengan perincian imej yang dihasilkan tajam. Untuk kamera potret, anda mempunyai dua pilihan iaitu Master Portrait atau Leica Portrait. Kedua-dua pilihan ini menawarkan keunikan yang tersendiri sekaligus memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk tujuan potret.

Videografi seperti profesional

Tidak hanya menawarkan kemampuan kamera yang baik, peranti ini turut mempunyai kemampuan videografi yang mengagumkan seperti Profesional. Xiaomi 15 Ultra kini menyokong Dolby Vision pada semua focal length sekaligus dapat menjadikan video nampak lebih sinematik.

Bukan itu sahaja, kamera utama peranti ini turut menyokong rakaman video cinematic slow mo pada resolusi 4K 120fps dengan keupayaan Telefoto 4.3x. Apa yang boleh dikatakan, kemampuan ini tidak banyak ditawarkan pada peranti yang ada di pasaran ketika ini. Melaluinya, ia memberi kelebihan untuk merakam video jauh yang bergerak laju seperti aktiviti sukan dan sebagainya.

Untuk memberikan pengalaman videografi yang lebih baik, Xiaomi turut membawakan pelbagai fungsi seperti fungsi Director Mode, MasterCinema dan MovieMode. Fungsi ini memberikan pengguna lebih pilihan dan kawalan mirip seperti profesional.

Dengan pelbagai fungsi ini, ia membolehkan pengguna merakam video dengan lebih fleksibel dan melakukan pelbagai jenis suntingan mengikut kepada kreativiti. Selain itu, Xiaomi 15 Ultra kini menyokong rakaman video yang lebih tinggi iaitu sehingga 8K 30fps.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Xioami 15 Ultra boleh dikatakan sebagai peranti yang lengkap dari pelbagai aspek yang merangkumi prestasi, teknologi, AI, fotografi dan juga videografi. Bukan itu sahaja, Xiaomi 15 Ultra turut hadir dengan spesifikasi yang menarik dan berkuasa. Hadir dengan cip terkini dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite dan dimuatkan dengan kapasiti bateri 5410mAh menyokong pengecasan 90W.

Jadi, sekiranya anda mencari peranti berkuasa yang menawarkan pengalaman fotografi atau videografi terbaik Xiaomi 15 Ultra adalah jawapannya.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi 15 Ultra ditawarkan pada harga RM5199 untuk 16GB + 512GB dan RM5699 untuk 16GB + 1TB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di kedai rasmi Xiaomi Malaysia atau secara dalam talian di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN