Seiring dengan pelancaran Xiaomi 15 Ultra, Xiaomi turut mengumumkan ketibaan Xiaomi 15 ke pasaran global. Xiaomi tidak menawarkan pilihan model Xiaomi 15 Pro untuk pasaran global kerana ia eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Xiaomi 15 hadir dengan skrin CrystalRes AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1200 x 2670. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits dan dilindungi dengan Xiaomi Shield Glass. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Light Fusion 900 + 50MP Telefoto 60mm + 50MP Ultra Lebar 14mm dan swafoto 32MP. Kamera peranti ini menyokong rakaman video sehingga 8K 30fps dan Dolby Vision 4K 60fps.

Dimuatkan dengan bateri 5240mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Wi-Fi 7, NFC, dan Bluetooth 6.0, pengimbas cap jari ultrasonik, Xiaomi HyperAI, pembesar suara stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.


Di Malaysia, Xiaomi 15 dijual pada harga RM3499 untuk 12GB + 256GB dan RM3699 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 7 Mac 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma Xiaomi Watch S4 (RM699).