Close

Xiaomi 15 Ultra tiba di Malaysia dengan harga bermula RM5199

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan Xiaomi 15 Ultra secara gloibal melalui acara MWC 2025 di Barcelona. Xiaomi 15 Ultra merupakan peranti andalan paling premium dalam siri Xiaomi 15.

Xiaomi 15 Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 3220 x 1440. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits dan dilingdungi dengan Xiaomi Shield Glass 2.0. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS 23mm + 50MP Leica Ultra Lebar 12mm + 50MP Leica Floating Telefoto 75mm + 200MP Leica Periskop 120mm dan Swafoto 32MP. Perubahan terbesar kali ini adalah pada sensor kamera Periscope Telephoto yang menggunakan sensor 200MP berbanding 50MP pada generasi sebelumnya. Peningkatan ini menjanjikan hasil imej yang lebih tajam dan lebih terperinci.

Kamera peranti ini menyokong rakaman video sehingga 8K 30fps, 4K 120fps slow-motion, Dolby Vision 4K 60fps dan 10-big Log Video. Selain itu, ia turut menyokong fungsi Director Mode, MasterCinema dan MovieMode. Fungsi ini memberikan pengguna lebih pilihan dan kawalan mirip seperti profesional. Dimuatkan dengan bateri 5410mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Seperti model sebelumnya, Xiaomi 15 Ultra turut ditawarkan bersama Photography Kit yang dijual secara berasing untuk memberikan pengalam fotografi yang lebih baik. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonic, WiFi 7, pembesar suara stereo, Xiaomi HyperAI, Bluetooth 6.0 dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.

Di Malaysia, Xiaomi 15 Ultra ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu RM5199 untuk 16GB + 512GB dan RM5699 untuk 16GB + 1TB. Bersempena dengan ketibaannya, Xiaomi menawarkan promosi menarik dengan pembeli terawal akan menerima rebat RM100, percuma Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition (RM799) dan Xiaomi OpenWear Stereo (RM599).

ARTIKEL BERKAITAN