Close

Apple mungkin guna RAM lebih besar pada iPhone 17 Pro

Apple mungkin akan menggunakan konfigurasi RAM yang lebih besar pada iPhone 17 Pro.

Menurut laporan, iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max mungkin akan dilengkapi dengan RAM yang lebih besar iaitu 12GB RAM. Dengan konfigurasi RAM yang lebih besar ia membolehkan peranti ini menyokong fungsi Apple Intelligence yang lebih maju.

Untuk menjalankan Apple Intelligence ia memerlukan RAM yang lebih besar, disebabkan itu fungsi tersebut tidak menyokong iPhone 15 yang menggunakan 6GB RAM dan hanya menyokong iPhone 15 Pro yang dilengkapi dengan 8GB RAM.

Kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple akan menyertakan fungsi Apple Intelligence baru yang eksklusif pada iPhone 17 Pro. Bermaksud, fungsi tersebut tidak akan tersedia pada model sebelumnya.

Apple dijangka akan memperkenalkan empat pilihan model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. iPhone 17 Air dikatakan akan menjadi pengganti pada model Plus.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN