Public Bank mengumumkan penamatan sepenuhnya untuk aplikasi PB engage MY yang akan berkuat kuasa pada Jun 2025.

Dengan penamatan itu, pengguna diminta untuk beralih kepada aplikasi perbankan baru iaitu MyPB. Semua urusan dan perkhidmatan perbankan hanya akan disokong melalui aplikasi MyPB selepas Jun 2025.

MyPB menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih efisien disamping antara muka yang lebih menarik. Untuk beralih kepada aplikasi baru MyPB, peranti yang digunakan sekurang-kurangnya menjalankan sistem operasi Android 11 dan ke atas.

Dalam masa yang sama, Publick Bank menasihatkan pengguna untuk merancang proses peralihan dengan baik berikutan pengaktifan aplikasi untuk pengesahan mengambil masa 12 jam. Aplikasi MyPB boleh dimuat turun di Play Store, App Store atau AppGallery.