Close

Rekaan Samsung Galaxy Z Flip7 tertiris – Tiada perubahan rekaan?

Samsung dijangka akan memperkenalkan fon lipat mereka seterusnya iaitu Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 pada tahun ini. Seiring dengan itu, terdapat laporan yang mendedahkan mengenai rekaan Galaxy Z Flip7.

Gambar : OnLeaks X Android Headlines

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Galaxy Z Flip7 telahpun tertiris sekaligus mendedahkan maklumat peranti tersebut. Melaluinya, memperlihatkan Galaxy Z Flip7 tampil dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya, bermaksud tiada sebarang perubahan ketara dari segi rekaan.

Gambar : OnLeaks X Android Headlines

Namun begitu, Galaxy Z Flip7 akan menggunakan skrin dalaman dan luaran yang lebih besar iaitu 6.8-inci dan 3.6-inci. Sebagai perbandingan, skrin dalaman dan luaran untuk Galaxy Z Flip6 adalah 6.7-inci dan 3.4-inci.

Selain itu, peranti ini akan menggunakan teknologi skrin dan engsel baru yang menjadikan ia kurang kesan lipatan pada skrin berbanding generasi sebelumnya. Dari segi spesifikasi, Galaxy Z Flip7 mungkin hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite For Galaxy, dwi-kamera belakang 50MP + 12MP, bateri 4000mAh dan menyokong pengecasan 25W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN