vivo secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru ke pasaran tempatan melalui model Y29 dan Y39. Kedua-dua peranti hadir dengan spesifikasi menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

Untuk vivo Y29, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.68-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dmuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Manakala untuk vivo Y39, hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.68-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dmuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 44W. Kedua-dua peranti ini menjalankan FunTouch OS 15 berasaskan Android 15 dan menyokong penarafan IP64,

Untuk harga jualan, vivo Y29 dijual pada harga RM799 manakala vivo Y39 pada RM999. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi vivo Malaysia atau platform atas talian.