Close

Siri HONOR 400 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka ke pasaran Malaysia melalui siri 400. Lebih menarik, Malaysia menjadi negara terawal menerima peranti ini untuk pasaran global.

Melalui teaser yang dikongsi, memperlihatkan siri HONOR 400 akan dimuatkan dengan teknologi Next-Gen AI Imaging. Selain itu, peranti ini dijangka akan turut menawarkan pengalaman fotografi mudah alih yang lebih baik dan lebih pintar melalui AI.

Teknologi Next-Gen AI Imaging dibina untuk membantu pengguna mendapat hasil gambar yang lebih jelas dan lebih terperinci. Bukan itu sahaja, ia turut membantu dalam proses suntingan dan juga perkongsian visual.

Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR buat masa ini. Namun begitu, melalui poster rasmi yang dikongsi mendedahkan peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang.

ARTIKEL BERKAITAN