Close

BYD Atto 3 nyaris kemalangan – Brek sendiri tanpa amaran di Lebuhraya

Seorng pemilik BYD Atto 3 mendakwa kenderaannya membrek sendiri secara mengejut tanpa sebarang amaran semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.

Sumber : Nur Afifah Abdul Rahim

Situasi tersebut hampir menyebabkan kemalangan kerana kenderaan lain terpaksa mengelak secara tiba-tiba. Menurut pemilik, semasa kejadian beliau sedang memandu di lorong paling kanan Lebuhraya Cheras-Kajang dengan kelajuan sekitar 90 hingga 100 km/j.

Tiada sebarang amaran keluar semasa kejadian berlaku sebaliknya skrin kenderaan hanya memaparkan mesej “Power System Failure” dan kereta tidak dapat dihidupkan semula. Selain itu, keempat-empat tayar seperti dikunci walaupun gear telah ditukar ke mod ‘neutral’.

Kenderaan tersebut dibawa ke pusat servis berhampiran untuk pemeriksaan. Pusat servis mengesahkan bateri 12 volt kenderaan perlu ditukar kerana bacaan voltan terlalu rendah. Disebabkan tiada lagi jaminan kerana jarak perbatuan melebihi 20,000 km pemilik perlu membayar kos penggantian sebanyak RM418. Lebih mengejutkan, pihak teknikal menyatakan tiada sistem amaran awal untuk kerosakan bateri tersebut, menyebabkan kenderaan membrek secara automatik.

Berikutan dari itu, pemilik meluahkan rasa kecewa kerana EV tersebut baru digunakan sekitar 10 bulan. Selain itu, pemilik turut kesal dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh BYD kerana tiada penyelarasan antara BYD Melaka (tempat kenderaan dibeli) dan BYD Glenmarie (pusat servis). Sekaligus, menyebabkan proses tersebut menjadi sukar dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

ARTIKEL BERKAITAN