Close

MITI umum syarat baru untuk EV CBU – Berkuat kuasa Julai 2026

MITI menetapkan syarat baru yang mewajibkan harga lantai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya atau Completely Built-Up (CBU) ditetapkan pada paras minimum tertentu. Perlaksanaan syarat baru ini akan bermula pada Julai 2026.

Melalui syarat baru ini, semua EV yang diimport dan dibawa masuk ke Malaysia perlu mempunyai nilai CIF (Cost, Insurance and Freight) tidak kurang daripada RM200,000 dengan kuasa minima yang dihasilkan adalah 180 kW (245 PS).

Syarat ini berbeza dengan pendekatan sebelumnya yang berasaskan kepada harga jualan lantai berjumlah RM250,000 dengan kuasa 200 kW (272 PS). Walaupun nilai CIF dilihat lebih rendah berbanding harga mininum lama, namun ia tidak termasuk cukai serta keuntungan pengimport dan pengedar.

Namun harus diingatkan, kadar duti import yang dinyatakan ini adalah untuk EV yang diimport dari China. Sekiranya, EV diimport dari Eropah atau Korea Selatan duti import yang dikenakan meningkat dari 5% kepada 30% menjadikan harga lantai minimum adalah RM360,000.

Berikutan itu, harga jualan EV CBU dijangka lebih tinggi selepas mengambil kira cukai dan keuntungan. Bukan itu sahaja, syarat kuasa minimum 180 kW yang ditetapkan akan turut memberi kesan kepada penawaran EV di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk segmen pertengahan yang tidak mencapai kuasa minimum.

Perlaksanaan syarat baru ini dikatakan untuk mengalakkan pemasangan tempatan (CKD) dalam masa yang sama untuk melindungi pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN