Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan strategi baru untuk mempelbagaikan pengeluaran cip mereka.

Menurut maklumat, Apple dikatakan telahpun memulakan perbincangan awal bersama dengan Intel dan juga Samsung bagi tujuan tersebut. Lebih menarik, beberapa eksekutif Apple dilaporkan telahpun melawat fasiliti Samsung di Texas yang bakal memulakan pengeluaran cip generasi baru tidak lama lagi.

Ketika ini, TSMC merupakan pengeluaran cip tunggal untuk Apple dan perkara tersebut dilihat sebagai satu risiko. Apple mula bekerjasama dengan TSMC sejak 2014 dengan cip pertama yang dikeluarkan adalah cip A8.
Selain itu, rancangan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada satu pembekal sahaja. Walau bagaimanapun, cabaran utama dalam mencari pembekal lain adalah kemampuan menghasilkan cip dalam skala besar dan perlu memenuhi standard ketat yang ditetapkan oleh Apple.