Close

RTM, Unifi diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2026

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.

Menteri Komunikasi iaitu Datuk Fahmi Fadzil menyatakan, langkah ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan liputan inklusif dan menyeluruh kepada rakyat.

Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan melalui pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT menerusi RTM Klik dan Unifi TV. Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian perlawanan secara langsung atau tertunda.

Penyiaran bagi kejohanan ini akan turut melibatkan kerjasama strategik dengan sektor swasta bagi memperkukuhkan kualiti siaran serta capaian penonton.

Piala Dunia FIFA 2026 akan bermula dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026, melibatkan 48 pasukan buat pertama kali dalam sejarah kejohanan. Tiga buah negara iaitu Canada, Mexico dan United State akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN