realme C100 dan C100i menjadi model terbaru yang ditawarkan oleh realme ke pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini merupakan peranti kelas permulaan dan memfokuskan kepada ketahanan bateri yang panjang.

Untuk realme C100 5G, ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan kamera utama 50MP pada bahagian belakang dan 5MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Untuk spesifikasi lain, peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP64 dan pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm dan menjalankan realme UI 7.0.

Manakala untuk realme C100i 4G, ia dilengkapi dengan IPS LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 4GB RAM LPDR4x dan storan dalaman 128GB.

Turut dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 15W. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 8MP dan 5MP untuk swafoto. Untuk spesifikasi lain, peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP64 dan pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm dan menjalankan realme UI 7.0.
Selain itu, kedua-dua peranti ini turut hadir dengan pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti AI Eraser, AI Clear Face, AI Smart Imaging Matting. Circle to Search dan integrasi Google Gemini.


realme C100 5G dijual pada harga RM1099 untuk 4GB RAM + 256GB, manakala untuk realme C100i 4G ia dijual pada harga RM599 untuk 4GB + 128GB. Seiring dengan ketibaanya, realme C100 5G ditawarkan pada harga promosi iaitu RM899.