Close

MyKad versi baru akan menyokong 53 ciri keselamatan

MyKad versi baru yang bakal diperkenalkan pada bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada generasi sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara iaitu Datuk Badrul Hisham Alias, antara ciri keselamatan yang akan diperkenalkan ialah ultraungu, hologram, guiloche, turihan laser, teks mikro dan kod respon pantas (QR) untuk tujuan penguatkuasaan dengan tahap enskripsi yang dipertingkat.

Secara keseluruhan, MyKad generasi baru ini menawarkan ciri keselamatan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, MyKad versi baru tidak akan dilengkapi dengan elemen Touch ‘n Go seperti sebelum ini.

Selain MyKad, MyPoCA dan MyTentera turut akan ditawarkan dalam versi baru pada bulan depan. Perlaksanaan MyKad generasi baru mencerminkan komitmen kerajaan dan seiring dengan perkembangan teknologi serta cabaran keselamatan semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN