Pasaran kenderaan elektrik (EV) dunia terus dikuasai oleh pengeluar dari China dengan mencatatkan pertumbuhan agresif untuk April 2026

Menurut data yang dikongsi, memperlihatkan BYD berada dikedudukan pertama dengan jualan sekitar 314,100 unit untuk April. Namun begitu, terdapat penurunan jualan tahunan yang direkodkan oleh BYD untuk lapan bulan berturut-turut.
Kedudukan kedua dipegang oleh SAIC dengan jualan sekitar 142,487 unit diikuti oleh Geely Auto dengan 132,591 unit. Selain itu, buat pertama kali Chery berjaya melepasi angka jualan 100,000 unit dengan jumlah 100,276 unit untuk April.
Leapmotor menjadi antara pengeluar paling menyerlah selepas berjaya mencapai penghataran bulanan sekitar 71,387 meningkat 73.9% berbanding tahun lalu.
China dijangka akan terus mendominasi pasaran EV global berikutan pertumbuhan eksport yang kukuh dan teknologi pintar yang semakin mampu milik.