SPX Express (SPX) secara rasmi memperkenalkan 10 kenderaan elektrik (EV) baru untuk penghantaran sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai penyedia logistik terkemuka di Malaysia.
Penambahan EV baru ini merupakan sebahagian daripada usaha SPX meningkatkan kecekapan operasi bagi memenuhi peningkatan permintaan penghantaran yang semakin meningkat. Kenderaan EV baru ini akan digunakan untuk penghantaran di sekitar Lembah Klang.

Langkah ini dilihat sejajar dengan usaha kerajaan dan juga syarikat dalam mengintegrasikan teknologi hijau ke dalam rangkaian logistik dalam masa yang sama menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan pelanggan.
Kenderaan EV tersebut dibekalkan oleh Dongfeng Commercial Vehicle (Malaysa) Sdh.Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Sunway Group. EV ini menawarkan jarak gerak sehingga 200km dengan kapasiti mutan sehingga 1015 kilogram.