HONOR secara rasmi memperkenalkan barisan baru tablet mereka melalui siri HONOR Pad 20 di pasaran global. Tampil dengan dua pilihan model iaitu HONOR Pad 20 dan juga HONOR Pad 20 Pro.
HONOR Pad 20 Pro tablet ini hadir dengan rekaan setebal 6.29mm dengan berat sekitar 537gram. Menggunakan skrin Paperlike bersaiz 12.1-inci dengan beresolusi 3K yang menyokong paparan 165Hz dan kecerahan puncak 700 nits. Turut dilengkapi teknologi Eye Comfort dan mempunyai pensijilan TÜV Rheinland untuk paparan mesra mata.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan kamera tunggal 13MP bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Tablet ini hadir dengan kapasiti bateri 10,100mAh yang mampu bertahan sehingga 7 jam permainan, 12 jam menonton video dan 13 jam membaca. Untuk pengecasan ia menyokong pengecasan pantas 66W.

Tablet ini turut menyokong fungsi PC Mode dan beberapa ciri AI seperti AI Memo yang kini menyokong Circle to Search, AI Writing Tools dan AI Translation. Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti sistem audio dengan 6 pembesar suara dengan teknologi HONOR Spatial Audio dan DTS:X Ultra, dual-band WiFi 7 dan juga Bluetooh 6.0.

Manakala untuk HONOR Pad 20, ia berkongsi beberapa spesifikasi yang sama seperti skrin 12.1-inci Paperlike, bateri 10,100mAh, pengecasan 66W dan sokongan 6 pembesar suara. Perbezaan ketara pada model ini adalah ia menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 dan hanya menyokong paparan 120Hz.
Malangnya, tiada maklumat mengenai harga yang dikongsi. Peranti ini akan turut diperkenalkan ke pasaran Malaysia iaitu pada 24 Ogos ini.