Close

Sony PlayStation 5 telah terjual 93 juta unit di seluruh dunia

Sony melalui laporan kewangan mereka mendedahkan konsol PlayStation 5 (PS5) telah terjual sebanyak 93.7 juta unit sejak ia diperkenalkan pada November 2020.

Sony mengesahkan sebanyak 1.5 juta unit PS5 telah dihantar antara Januari hingga Mac 2026, menjadikankan prestasi suku tahunan paling rendah setakat ini. Secara keseluruhan, PS5 kini telah terjual sebanyak 93.7 juta unit di seluruh dunia dan menjadi konsol ke-8 paling laris dalam sejarah industri permainan video.

Walaupun angka itu masih besar, namun momentum jualan dilihat semakin perlahan berbanding beberapa tahun lalu. Kenaikan harga PS5 di beberapa pasaran baru-baru ini dijangka memberi kesan kepada jualan untuk suku seterusnya.

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang akan membantu untuk meningkatkan jualan pada separuh kedua tahun ini. Faktor paling besar adalah ketibaan permainan Grand Theft Auto VI yang dijangka dapat mencetuskan peningkatan jualan PS5 secara mendadak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN