Samsung Galaxy A57 5G boleh dikatakan antara peranti kelas pertengahan yang sering dinanti oleh kebanyakan pengguna. Selepas kejayaan siri A sebelum ini, Samsung membawakan satu lagi model baru yang hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih menarik.
Rekaan

Samsung mungkin mengambil pendekatan “dont fix it if its not broken” pada rekaan Galaxy A57. Masih menggunakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya kekal dengan rekaan yang kemas dan premium biarpun tanpa perubahan yang ketara.


Perkara yang kami suka mengenai peranti ini adalah rekaannya yang nipis, hanya setebal 6.9mm. Sekaligus, menjadikan ia selesa bila dipegang dan mudah untuk dikendalikan. Sebagai perbandingan, model sebelumnya iaitu Galaxy A56 menggunakan rekaan sedikit lebih tebal iaitu 7.4mm.

Selain itu, Samsung menggunakan kemasan baru berasaskan glossy glass yang diinspirasikan daripada tekstur seramik moden untuk memberikan rasa yang lebih premium. Rekaan bingkai dan juga kamera ini kekal menggunakan rekaan yang sama iaitu Key Island dan juga Floating Camera. Namun begitu, kemasan pada bahagian kamera kini menggunakan kemasan jenis lut sinar, menjadikan bonggol kamera nampak lebih menyerlah.

Selain itu, peranti ini menyokong penafaran yang lebih tinggi iaitu IP68, memberi ketahanan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Dari segi pilihan warna, ia hadir dengan 3 pilihan warna menarik iaitu Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue.
Samsung Galaxy A57 boleh dianggap sebagai peranti yang cukup menarik dengan pelbagai peningkatan menarik disamping dengan harga jualan yang mesra pengguna.
Skrin

Samsung Galaxy A57 hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz serta Vision Booster. Skrin peranti ini sememang cukup baik dan juga imersif namun rekaan bingkai skrin boleh dikatakan agak tebal untuk tahun 2026.

Selain bingkai yang tebal, rekaan skrin peranti ini juga tidak simetri bermaksud keempat-empat sisi bezel tidak sekata dengan bezel bahagian bawah lebih besar. Walau bagaimanapun, peranti ini menawarkan ketahanan skrin yang baik dengan Gorilla Glass Victus+ dan mempunyai tahap kecerahan puncak yang lebih tinggi 1900 nits berbanding 1200 nits pada generasi sebelumnya.
Selain itu, skrin peranti ini turut hadir dengan ciri Eye Comfort Shield bagi mengurangkan cahaya biru untuk penggunaan lebih selesa. Secara keseluruhan, skrin peranti ini mampu menawarkan pengalaman visual yang imersif dan juga responsif.
Prestasi dan sistem operasi

Dari segi prestasi, Samsung Galaxy A57 5G dikuasakan dengan cip Exynos 1680 yang berasaskan teknologi binaan 4nm. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi sekitar 16% berbanding generasi sebelumnya.

Dipadankan dengan GPU Xclipse 550 berasaskan seni bina AMD RDNA 3 untuk memberi pengalaman dan prestasi grafik yang lebih baik. Samsung turut menyertakan sistem penyejukan yang lebih besar iaitu 13% menjanjikan suhu peranti sentiasa optimum ketika penggunaan berat.
Dalam penggunaan harian, Samsung Galaxy A57 mampu memberikan pengalaman yang lancar untuk media sosial, hiburan dan juga tugasan yang pelbagai. Kemampuan prestasi untuk permainan juga cukup baik dengan kebanyakan permainan boleh dimainkan dengan baik.

Samsung Galaxy A57 menjalankan Android 16 dengan sistem operasi One UI 8.5. Apa yang boleh dikatakan, sistem operasi One UI 8.5 hadir dengan rekaan antara muka yang kemas dan juga menarik serta mudah untuk digunakan.

Walaupun peranti ini tidak menyokong ciri Galaxy AI penuh seperti siri Galaxy S. Namun, Samsung masih menawarkan beberapa fungsi AI menarik untuk kegunaan harian. Antaranya termasuk wallpaper generatif, Voice Recorder, AI Select yang boleh diakses melalui Edge Panel dan Drag & Drop ketika mod Multi-Window.

Selain itu, ia turut menyokong ciri Now Bar yang memberi informasi pintar atau cadangan berdasarkan rutin harian pengguna bagi membantu pengurusan tugasan dengan lebih mudah dan tersusun.

Satu perkara yang kami suka mengenai Samsung Galaxy A57 adalah mengenai sokongan kemas kini. Samsung menjanjikan kemas kini yang panjang sehingga 6 tahun untuk Android dan keselamatan, sesuatu yang cukup menarik untuk penggunaan jangka panjang.
Bateri

Samsung Galaxy A57 5G masih dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama seperti model sebelumnya iaitu 5000mAh. Walaupun dengan kapasiti bateri yang sama, namun ketahanan bateri yang ditawarkan memuaskan dengan optimasi sistem operasi yang membantu meningkatkan kecekapan tenaga.
Bagi penggunaan ringan dan sederhana, peranti ini mampu menawarkan Screen On Time (SOT) sekitar 7 jam dan ke atas. Manakala, untuk penggunaan berat ia mampu bertahan sepanjang hari tanpa sebarang masalah.

Dari segi pengecasan, peranti ini menyokong pengecasan pantas 45W yang mampu mengecas 50% dalam masa sekitar 23 minit dan pengecasan penuh mengambil masa 1 jam 10 minit. Ketahanan bateri dan sokongan pengecasan pada peranti ini sememangnya cukup baik, namun jika dibandingkan dengan pengeluar lain ia agak ketinggalan.
Kamera

Peranti ini hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan 12MP untuk swafoto. Secara asasnya, tiada perubahan ketara yang dilakukan dari segi perkakasan, namun terdapat perubahan kecil yang dibawakan oleh Samsung pada peranti ini.
Untuk keadaan dengan cahaya yang cukup hasil imej yang diberikan sangat baik dengan perincian dapat dikekal dan julat dinamik memuaskan. Kemampuan untuk gambar malam turut dibantu melalui ciri Nightography tawar hasil imej yang lebih baik dengan pengurangan noise serta keseimbangan kontras yang lebih kemas.
Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai mod tambahan seperti AR Stickers, Scene Optimizer, Panorama, Hyperlapse, Food dan Dual Rec. Bagi rakaman video, peranti menyokong rakaman sehingga 4K 30fps.
Kesimpulan

Samsung Galaxy A57 5G boleh dianggap sebagai peranti terbaik dalam kelasnya. Samsung berjaya menghasilkan peranti yang lebih nipis, ringan dan premium dengan binaan yang lebih baik menjadikannya antara peranti yang selesa dan tahan lasak dalam kelasnya.