Close

Sony umum kenaikkan harga PS5 – Berkuat kuasa 2 April 2026

Sony secara rasmi mengumumkan kenaikan harga konsol PlayStation di seluruh beberapa pasaran utama dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Jepun.

Berdasarkan kenyataan rasmi di PlayStation Blog, keputusan tersebut dibuat disebabkan oleh tekanan ekonomi global yang berterusan. Kenaikkan harga konsol PlayStation untuk pasaran utama dunia akan berkuat kuasa pada 2 April 2026.

Senarai harga jualan baru konsol PlayStation 5 :

Amerika Syarikat

  • PS5 – $649.99 (RM2626)
  • PS5 Digital Edition – $599.99 (RM2424)
  • PS5 Pro – $899.99 (RM3636)
  • PlayStation Portal – $249.99 (RM1010)

United Kingdom

  • PS5 – £569.99 (RM3040)
  • PS5 Digital Edition – £519.99 (RM2774)
  • PS5 Pro – £789.99 (RM4214)
  • PlayStation Portal – £219.99 (RM1173)

Eropah

  • PS5 – €649.99 (RM3016)
  • PS5 Digital Edition – €599.99 (RM2784)
  • PS5 Pro – €899.99 (RM4176)
  • PlayStation Portal – €249.99 (RM1160)

Jepun

PlayStation Portal – ¥39,980 (RM1012)
PS5 – ¥97,980 (RM2479)
PS5 Digital Edition – ¥89,980 (RM2277)
PS5 Pro – ¥137,980 (RM3491)

Untuk pasaran lain seperti Malaysia, Sony masih belum mengumumkan harga rasmi baru, pengguna boleh menyemak dan merujuk harga jualan melalui laman rasmi PlayStation mengikut kepada negara pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN