Close

BYD dilaporkan menilai semula rancangan untuk buka kilang di Tanjung Malim

Syarikat EV dari China iaitu BYD dilaporkan sedang menilai semula rancangan untuk membuka kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim, Perak.


Menurut laporan, BYD sedang menilai semula rancangan tersebut selepas tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Antara syarat yang ditetapkan adalah 80% kenderaan yang dipasang perlu dieksport dan harga jualan kenderaan BYD di Malaysia perlu berharga lebih dari RM200,000 untuk sebuah.

Mentari MITI iaitu Johari Abdul Ghani menyatakan, syarat tersebut dikenakan bagi melindungi ekosistem automotif tempatan yang menyokong lebih dari 700,000 pekerja. Di samping itu, Proton dan Perodua ketika ini mempunyai 50% kandungan buatan tempatan yang menjadi tulang belakang rantaian bekalan industri automotif negara.

Kerajaan telah memperkenalkan harga minimum baru RM250,000 untuk EV CBU yang terpakai pada semua jenama, sedia ada atau baru. Perbezaan RM50,000 berdasarkan harga minimum RM200,00 yang ditetapkan untuk EV CKD.

Sebagai rekod, Ogos tahun lalu BYD mengesahkan rancangan untuk membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim, Perak dengan pelaburan 100% di bawah BYD.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN