Meta dilaporkan mula menguji langganan premium untuk Instagram yang dipanggil sebagai Instagram Plus.

Antara ciri eksklusif yang ditawarkan melalui Instagram Plus adalah sokongan story yang lebih panjang iaitu sehingga 48 jam berbanding 24 jam untuk pengguna percuma. Instagram Plus turut membolehkan pengguna mencipta beberapa kumpulan selain ‘close friends’ dan boleh mengetahui berapa ramai pengguna yang menonton semula story yang dikongsi.
Selain itu, pengguna berbayar boleh meletakkan story mereka dibahagian hadapan untuk tontonan pengikut serta nama tidak akan dipaparkan jika melihat story pengguna lain.
Buat masa ini, Instagram Plus telahpun diuji di beberapa pasaran terpilih seperti Filipina, Mexico dan Jepun. Di Filipina, ia ditawarkan pada harga sekitar 95 php (RM6.32), 39 mexican peso (RM8.73) dan 319 JPY (RM8.09). Selain itu, Meta turut menawarkan tempoh percuma selama sebulan untuk pengguna yang terlibat dalam ujian awal ini.
(Sumber)