iQOO Malaysia secara rasmi membawakan dua peranti baru ke pasaran tempatan. Dua peranti baru yang diperkenalkan adalah iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan hadir dengan pakej yang lengkap dan juga menarik.

iQOO Z11 5G memfokuskan kepada rekaan yang nipis serta prestasi yang berkuasa, namun dalam masa yang sama menawarkan kapasiti bateri yang besar. Peranti ini dilengkapi dengan bateri sebesar 9020mAh Silicon BlueVolt, bateri paling besar yang pernah digunakan pada peranti iQOO setakat ini dan dipadankan dengan pengecasan FlashCharge 90W.
Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K serta turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 5000 nits.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengans sensor utama 50MP + 2MP Bokeh dan swafoto 32MP. Tidak ketinggalan, peranti ini akan turut dilengkapi dengan sistem penyejukan Icecore Cooling System 7000 mm² untuk pengaliran haba yang lebih baik ketika bermain permainan.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP68 dan IP69, WiFi 6, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.

Manakala untuk iQOO Z11x 5G, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.73-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400-Turbo yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Turut dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengans sensor utama 50MP + 2MP Bokeh dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7200mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 44W. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP68 dan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.

Untuk pasaran Malaysia, iQOO Z11x 5G dijual pada harga bermula RM1299 (8GB + 128GB) dan RM1599 (8GB + 256GB). Manakala untuk iQOO Z11 5G ia dijual pada harga bermula RM1899 (8GB + 256GB) dan RM2199 (12GB + 256GB)