Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan dan menafikan beberapa dakwaan mengenai pelaburan BYD di Malaysia.

Menurut MITI, syarat yang dikenakan pada BYD bukan satu diskriminasi sebaliknya terpakai sama rata kepada semua projek pemasangan automotif berskala besar tanpa mengira jenama.

Selain itu, MITI menafikan syarat 80% pengeluaran kilang BYD perlu dieskport, kementerian menjelaskan had jualan domestik adalah sebanyak 10,000 unit setahun bersamaan 20% daripada kapasiti pengeluaran keseluruhan. Bagi memastikan pelaburan menyumbang kepada imbangan dagangan Malaysia.
Dakwaan mengenai harga jualan minimum RM200,000 ke atas juga dinafikan, yang mana harga minimum sebenar adalah RM100,000 sebuah untuk model CKD.
Langkah ini dibuat memastikan pemasangan tempatan tertumpu kepada segmen bernilai lebih tinggi, di samping mengekalkan ruangan pasaran untuk pemain nasional seperti Proton dan Perodua.