Close

Siri realme 16 Pro akan tiba di Malaysia pada 6 April ini

realme Malaysia akhirnya mengesahkan ketibaan peranti baru mereka pada 6 April 2026. Peranti yang akan diperkenalkan adalah siri realme 16 Pro yang bakal hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

Siri realme 16 Pro akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu realme 16 Pro dan 16 Pro+. Untuk realme 16 Pro,  ia hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7300 Max yang digabungkan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 512GB.

Untuk realme 16 Pro+, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB.

Kedua-kedua peranti menggunakan sensor utama 200MP dan menyokong sistem kamera LumaColor Image yang menawarkan pelbagai pilihan tona warna eksklusif. Selain itu, kedua-dua model ini menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 7000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Seperti biasa, maklumat penuh mengenai spesifikasi penuh dan penawaran harga hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN