Perkhidmatan MyDebit CIMB bakal mengalami gangguan sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual.

Gangguan tersebut bakal menjejaskan pengguna CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad. Selain itu, semua pembelian menggunakan Kad Debit melalui MyDebit, Visa dan Mastercard secara fizikal atau dalam talian akan terjejas semasa waktu penyelenggaraan.
Melalui jadual yang dikongsi, gangguan tersebut akan bermula pada Sabtu, 19 September 2026, jam 12 tengah malam hingga 6 pagi, Selasa, 22 September 2026, jam 12 tengah malam hingga 7.30 pagi dan Rabu, 23 September 2026, jam 12 tengah malam hingga 5.00 pagi.
Tujuan penyelenggaraan ini dibuat untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Bagi mengelakkan sebarang gangguan, CIMB menyarankan pengguna untuk merancang perbelanjaan lebih awal.