Close

Kapasiti bateri siri iPhone 18 Pro didedahkan

Kapasiti bateri untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro telahpun didedahkan oleh Apple. Maklumat tersebut diperolehi melalui label tenaga rasmi di laman produk EU.

Kesatuan Eropah telah mewajibkan semua peranti yang dijual di Eropah perlu memaparkan label tenaga pada produk mereka. Berikutan dari itu, Apple berkongsi maklumat mengenai kapasiti bateri untuk siri iPhone 18 Pro.

Berdasarkan maklumat tersebut, iPhone 18 Pro dengan slot SIM fizikal hadir dengan kapasiti bateri 4056mAh, meningkat sekitar 1.7% berbanding model sebelumnya dengan 3988mAh.

Manakala untuk iPhone 18 Pro Max dengan slot SIM fizikal ia hadir dengan kapasiti bateri 5391mAh, meningkat sekitar 11.7% berbanding model sebelumnya iaitu 4832mAh.

Walau bagaimanapun, kapasiti bateri yang dikongsi ini hanya untuk model dengan SIM fizikal sahaja. Kapasiti bateri untuk model eSIM masih tidak diketahui. Kita mungkin boleh menjangkakan kapasiti bateri untuk model eSIM sedikit lebih besar kerana ketiadaan slot kad SIM fizikal.

Untuk beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Mexico, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, Apple hanya menawarkan versi eSIM sahaja untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Berbeza dengan pasaran tempatan, siri iPhone 18 Pro hanya ditawarkan dalam versi SIM fizikal sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN