Berita gembira untuk pengguna Ryt Bank, anda kini boleh membuat pembayaran melalui Apple Pay.
Lebih menarik, Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan Apple Pay, perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac.
Cara tambah Ryt Bank Visa Debit Card ke Apple Wallet pada iPhone :
- Buka aplikasi Ryt Bank dan pop-up “Add your Ryt Card to Apple Pay” akan dipaparkan
- Pilih kad yang ingin ditambah, kad fizikal atau kad maya
- Semak nama dan nombor kad, kemudian tekan Continue
- Terima terma & syarat yang dipaparkan
- Pilih tambah jika mahu tambah kadpada peranti Apple lain, termasuk Apple Watch
- Selepas selesai, tetapkan Ryt Card sebagai kad pembayaran untuk Apple Pay
Sekiranya tiada pop-up untuk tambah kad tidak muncul dalam aplikasi secara automatik, anda boleh pergi ke bahagian “For You” dan tekan “Add Now” seterusnya ikut langkah yang sama seperti di atas.

Sokongan pembayaran melalui Apple Pay membolehkan pengguna menikmati transaksi yang lebih pantas, selamat dan mudah tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal, selari dengan gaya hidup digital masa kini.