Close

Siri iPhone 18 Pro kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM5499

Berita gembira untuk peminat Apple di Malaysia, siri iPhone 18 Pro kini boleh mula dibeli di Malaysia. Seiring dengan ketibaan siri iPhone 18 Pro di Malaysia, Apple Store di TRX dibuka lebih awal iaitu 8 pagi berbanding 10 pagi pada hari biasa.

Siri iPhone 18 Pro hadir dengan rekaan yang sama seperti siri iPhone 17 Pro namun, dengan spesifikasi yang lebih dan juga sokongan kamera yang lebih baik. Untuk iPhone 18 Pro ia menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci manakala iPhone 18 Pro Max menggunakan skrin bersaiz 6.9-inci.

Kedua-dua model ini dikuasakan dengan cip A20 Pro yang dihasilkan dengan teknologi binaan 2nm. Cip ini direka untuk menawarkan peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dan kecekapan yang lebih baik. Cip ini menggunakan konfigurasi 6 teras dengan 2x teras prestasi dan 4x teras kecekapan.

Buat pertama kalinya Apple menggunakan sistem kamera dengan sokongan apertur boleh ubah. Merupakan sistem kamera paling canggih pernah digunakan pada iPhone. Sokongan apertur boleh ubah memberikan lebih banyak kawalan ketika mengambil gambar.

Siri iPhone 18 Pro masih menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dengan 8x zum optik. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 18MP. Kemampuan video turut dipertingkatan dengan sokongan dan juga fungsi baru.

Siri iPhone 18 Pro turut hadir dengan sistem pengurusan haba baru, menggunakan vapor chamber tiga kali lebih besar berbanding model sebelumnya. Kedua-dua model dilengkapi cip N1 yang menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6. Modem terbaru Apple iaitu C2 turut dimuatkan yang menawarkan muat naik lebih pantas dan menggunakan kuasa 15% lebih rendah.

Siri iPhone 18 ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Burgundy, Glacier, Silver dan Black. Untuk harga jualan, iPhone 18 Pro dijual pada harga bermula RM5499 sementara untuk iPhone 18 Pro Max pula dijual pada harga bermula RM5999.

ARTIKEL BERKAITAN