MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip Dimenity 9600M, hadir dengan beberapa peningkatan menarik dan dihasilkan menggunakan teknologi binaan 3nm TSMC N3P.
Dimensity 9600M menggunakan konfigurasi CPU dan GPU yang sama seperti Dimesity 9500, menggunakan konfigurasi lapan teras dengan 1x C1-Ultra + 3x C1-Premium + 4x teras C1-Pro. Untuk grafik, ia dilengkapi dengan GPU Arm Mali-G1 Ultra MC12, manakala untuk pemprosesan AI ia menggunakan MediaTek NPU 990.

Perbezaan ketara antara Dimensity 9600M dan Dimensity 9500 adalah pada kemampuan AI. Cip Dimensity 9600M
dilengkapi dengan Agentic AI Engine dan Dimensity Scheduling Engine, yang direka untuk meningkatkan keupayaan peranti dalam menjalankan tugasan AI. Sekaligus, membolehkan AI mengendalikan tugasan AI yang lebih kompleks.
Untuk fotografi, cip ini mampu menyokong sensor sehingga 320MP dengan rakaman video sehingga 8K pada 60fps. Selain itu, untuk skrin ia menyokong resolusi sehingga WQHD+ dengan paparan 180Hz. Dari segi sambungan, cip ini hadir dengan Wi-Fi 7 berkelajuan sehingga 7.3Gbps, Bluetooth 6.0 dan sistem dwi-bluetooth dengan kelajuan sehingga 12Mbps.
vivo dan OPPO dijangka akan menjadi pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini pada peranti mereka.