Close

iPhone 18 Pro mampu mengecas pada kelajuan 52W  – Paling pantas dalam sejarah iPhone

Apple akhirnya menyertakan teknologi pengecasan yang lebih pantas pada siri iPhone 18 Pro.

Merujuk kepada ujian yang dilakukan oleh Xiaobai’s Tech Reviews, siri iPhone 18 Pro mencatatkan kuasa puncak sekitar 52W untuk 12 minit pertama. Sebagai perbandingan, siri iPhone 17 Pro hanya mencatatkan kuasa puncak sekitar 36W sahaja.

Melalui ujian yang sama, beliau mendedahkan yang iPhone 18 Pro Max mampu mengecas dari 0% hingga 100% dalam sekitar 55 minit dengan menggunakan pengecas yang sesuai. Sebagai perbandingan, iPhone 17 Pro Max mengambil masa yang lebih panjang iaitu 81 minit untuk tempoh yang sama.

Ini bermaksud, siri iPhone 18 Pro mengecas 26 minit lebih pantas berbanding generasi sebelumnya .Seperti kebiasaan, kelajuan pengecasan akan diturunkan apabila kapasiti bateri semakin tinggi bagi membantu mengawal suhu dan melindungi bateri.

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan peranti Android lain, teknologi pengecasan yang digunakan pada siri iPhone 18 Pro boleh dikatakan perlahan bagi sebuah kelas peranti andalan.

ARTIKEL BERKAITAN