Permainan video Upin & Ipin Universe bakal diperkenalkan secara rasmi pada 17 Julai 2025.

Upin & Ipin Universe dibangunkan oleh Les’ Copaque Production dengan kerjasama Streamline Studios dan Streamline Media Group. Merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka yang diinspirasikan dari siri animasi popular iaitu Upin & Ipin.


Berdasarkan kepada treler penuh yang dikongsi melalui saluran YouTube Upin & Ipin Universe. Memperlihatkan permainan ini berkisarkan kepada Kampung Durian Runtuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti memancing, lumba kereta, memasak, bermain gasing, berkebun dan sebagainya.
Permainan ini akan tersedia di platform konsol dan juga PC iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Steam dan Epic Store. Selain itu, permainan ini ditawarkan dalam versi digital.