Infinix Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu siri HOT 60 pada 10 Julai ini. Siri HOT 60 ini akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu HOT 60 5G dan HOT 60i.
Menurut Infinix, siri HOT 60 ini akan hadir dengan butang khas yang dipanggil sebagai Adaptive One-Tap AI Button. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengakses pembantu AI dan juga pintasan aplikasi dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pengguna boleh menetapkan pintasan secara manual mengikut kesuaian.

Bukan itu sahaja, siri HOT 60 akan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik seperti AI Writing, AI Sketch to Image, AI Text to Image dan AI Summary.

Dari segi spesifikasi, HOT 60 5G akan dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz dan dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 5G. Manakala untuk HOT 60i, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci, cip MediaTek Helio G81, bateri 5160mAh dan kamera 50MP.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan dan harga jualan yang dikongsi. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.