Close

ByteDance mungkin perkenal aplikasi CapCut khusus untuk pengguna AS

ByteDance berkemungkinan melancarkan aplikasi CapCut khusus untuk pengguna Amerika Syarikat.

CapCut versi baru ini dijangka akan dinamakan sebagai CapCut US berbeza secara sepenuhnya dari versi global. Pengguna perlu muat turun aplikasi baru ini untuk terus menggunakan CapCut di AS.

Langkah ini diambil bagi mematuhi undang-undang AS yang memerlukan aset-aset digital AS seperti TikTok dan CapCut dipisahkan atau berdepan pengharaman sepenuhnya. Selain itu, dengan langkah ini ia memudahkan ByteDance sekiranya operasi dan perniagaan di Amerika Syarikat perlu di jual.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketibaan dan juga penawaran untuk aplikasi ini. Sebelum ini, ByteDance turut merancang untuk melancarkan aplikasi TikTok khusus untuk pengguna AS. Aplikasi tersebut dijangka akan dilancarkan pada 5 September 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN