Close

Siri Infinix HOT 60 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM499

Infinix HOT 60 5G dan HOT 60i secara rasminya tiba ke pasaran tempatan. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Dari segi spesifikasi, HOT 60 5G dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz dan dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 5G. Manakala untuk HOT 60i, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci, cip MediaTek Helio G81, bateri 5160mAh dan kamera 50MP. Siri HOT 60 ini hadir dengan konfigurasi memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Perkara menarik mengenai siri HOT 60 ini adalah ia hadir dengan butang khas yang dipanggil sebagai Adaptive One-Tap AI Button. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengakses pembantu AI dan juga pintasan aplikasi dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pengguna boleh menetapkan pintasan secara manual mengikut kesuaian.

Bukan itu sahaja, siri HOT 60 akan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik seperti AI Writing, AI Sketch to Image, AI Text to Image dan AI Summary. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC Touch Transfer, UltraLink Free Call tanpa rangkaian dan penarafan IP64.

Infinix HOT 60 5G dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 256GB dan HOT 60i pula dijual pada harga RM499 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli di semua pengedar rasmi Infinix Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN