Close

Telegram kini menyokong fungsi transkripsi mesej suara kepada teks untuk semua pengguna

Telegram secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu pada aplikasi meraka. Fungsi baharu yang dimaksudkan adalah transkripsi mesej suara kepada teks. Sebelum ini, fungsi ini hanya terhad kepada pengguna Telegram Premium sahaja.

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna melakukan transkripsi mesej suara dan video yang diterima ditukar ke dalam bentuk teks. Fungsi ini dilihat lebih memudahkan pengguna dan tidak memerlukan pengguna mendengar mesej suara atau video tersebut.

Untuk menggunakan fungsi ini amat mudah, pengguna hanya perlu menekan ikon →A yang dipaparkan di sebelah mesej suara atau video yang diterima. Namun begitu, fungsi ini terhad kepada 2 mesej sahaja dalam seminggu untuk pengguna percuma.

Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna global dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN