Close

Kredit eMadani RM100 – Apa yang boleh dan tak boleh?

Kredit eMadani RM100 (dahulu dikenali sebagai e-Tunai) kini boleh ditebus bermula hari ini iaitu 4 Disember 2023 sehingga 24 Februari 2024. Pemberian eMadani RM100 ini merupakan inisiatif kerajaan yang akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara dan syarat yang perlu anda tahu mengenai eMadani RM100. Kredit eMadani RM100 hanya tersedia kepada rakyat yang berpendapat bawah RM100,000 setahun serta golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas. Selain itu, penerima e-Tunai Belia Rahmah tidak layak untuk menerima Inisiatif ini.

Permhononan kredit eMadani RM100 boleh dibuat bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Boleh ditebus melalui 4 perkhidmatan e-Dompet iaitu ShopeePay, MAE, Setel dan TnG eWallet. Diberikan secara one-off kepada yang layak bermula 8.00 pagi, 4 Disember sehingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Proses permohonan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Kredit eMadani RM100 ini hanya boleh dibelanjakan secara fizikal bukan secara atas talian. Selain itu, ia juga tidak boleh digunakan untuk bayaran tol, tempat letak kereta, utiliti, bil pascabayar, pelaburan terintegrasi dengan e-Dompet, penebusan tunai, pembelian permainan (e-Games) dan pemindahan ‘peer to peer’.

kredit eMadani RM100 perlu dibelanjakan sebelum 29 Februari 2024. Selepas tarikh tersebut, kredit akan luput secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN