Close

TikTok perkenal pelan langganan tanpa iklan di UK

Platform media sosial iaitu TikTok mula menawarkan pelan langganan tanpa iklan untuk pengguna di United Kingdom.

Pelan langganan ini ditawarkan pada harga £3.99 (RM21) untuk sebulan dan hanya tersedia untuk pengguna berusia 18 tahun dan ke atas. Pelan ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman aplikasi bebas iklan.

Selain iklan, data pengguna yang melanggan tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Namun begitu, TikTok versi percuma masih boleh digunakan seperti biasa tetapi dengan iklan yang diperbadikan berdasarkan data.

Pelan ini akan ditawarkan secara berperingkat untuk pengguna di United Kingdom. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah pelan ini akan diperluas ke pasaran lain atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN