Close

Instagram dilaporkan menguji label ‘AI Creator’

Instagram dilaporkan mula menguji label ‘AI Creator’ untuk akaun yang kerap memuat naik kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).

Label ‘AI Creator’ akan dipaparkan pada profil pengguna dan juga kandungan yang dikongsi. Pengguna atau pemilik akaun mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau sebaliknya. Sekiranya diaktikan, label tersebut akan dipaparkan pada profil dan kandungan.

Instagram menyatakan, penggunaan label ini tidak memberi kesan atau menjejaskan capaian kandungan yang dikongsi di platform. Buat masa ini, fungsi tersebut masih berada di peringkat ujian dan belum tersedia kepada semua pengguna.

Dengan perkongsian kandungan yang dijana oleh AI semakin meningkat sejak kebelakangan ini, fungsi ini dijangka dapat meningkatkan ketelusan dan mengelakkan kekeliruan kandungan AI.

ARTIKEL BERKAITAN